Skip to main content

Unit 1.1: Kebersihan Diri



Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

    Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul.

Panduan 1: Membasuh tangan yang betul

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.
2. Gosok kedua-dua tapak tangan.
3. Gosok setiap jari dan celah jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.

Panduan 2: Permainan Clean Hands HAFIZ

Cadangan masa: 15 minit
Peraturan asas permainan HAFIZ:

1. Setiap kumpulan akan menyebutkan dan menggariskan perkataan yang dipilih secara bergilir-gilir.
2. Perkataan HAFIZ dihasilkan daripada perkataan-perkataan yang digariskan secara berjajar samada mendatar, menegak dan menyerong.
3. Satu baris perkataan mendatar, menegak atau menyerong yang pertama akan diberi huruf H, baris seterusnya diberi huruf A, diikuti huruf F, I dan Z.
4. Kumpulan yang paling cepat membentuk perkataan HAFIZ dikira sebagai pemenang.

Cara bermain:

1. Pelajar diminta untuk membina kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan kit yang terdiri daripada kertas A4 yang mempunyaigarisan kotak dan perkataan untuk disusun.
3. Kotak tersebut diisi dengan perkataan yang diberikan mengikut kehendak kumpulan masing-masing.
4. Kumpulan pertama akan menyebutkan perkataan yang dipilih dan kumpulan yang lain menggariskan ayat yang disebut.
5. Permainan diteruskan sehingga kumpulan yang paling cepat terbentuk ayat HAFIZ dipilih sebagai pemenang.

Rasional Clean Hands HAFIZ:

1. Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
2. Meningkatkan persaingan yang sihat sesama pelajar.


Video unit 1.1 Kebersihan Diri:








Comments

Popular posts from this blog

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: