Modul ini dirangka berdasarkan keperluan pelajar tahfiz bagi mencapai kesihatan yang menyeluruh dan holistik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 1998), kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Justeru itu, modul ini dibina merangkumi tiga komponen utama dalam kehidupan iaitu kesihatan fizikal, pemakanan dan kesihatan mental. Ia dilaksanakan menggunakan kaedah berfasa yang dirancang bagi memastikan para pelajar mendapat faedah dari segi kesihatan, akademik dan hafazan.
Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...
Comments
Post a Comment