Postur Badan yang Betul:
1. Mengangkat Barang
Cara Betul
a. Bengkokkan lutut, turunkan badan dan pegang barang dengan kukuh dan angkat barang perlahan-lahan.
b. Bawa barang rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat barang.
c. Mengangkat barang tidak melebihi paras bahu dan juga tidak terlalu bawah melebihi paras pinggang.
d. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Cara Salah
a. Membengkok atau memusingkan pinggang semasa mengangkat beban yang berat.
b. Mengangkat barang terlalu jauh dari badan.
c. Mengangkat beban melebihi paras bahu.
d. Mengangkat barang secara mengejut.
Panduan postur badan yang betul ketika mengangkat barang:
2. Tidur
Cara Betul
a. Tidur di atas katil yang selesa
b. Seandainya tidur secara mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan.
c. Seandainya tidur secara menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
d. Tidak tidur secara meniarap kerana akan menyebabkan sakit belakang.
e. Tidak tidur di atas sofa untuk jangka masa yang panjang.
f. Gunakan susunan bantal yang betul.
Cara Salah
a. Tidur di atas katil yang terlalu lembut atau terlalu keras.
b. Tidur secara meniarap.
c. Berbaring rata di bahagian belakang tanpa bantal atau alas.
d. Menggunakan bantal yang tinggi.
Panduan postur badan yang betul ketika tidur:
3. Berdiri dan Berjalan
Cara Betul
a. Tukarkan posisi berdiri dengan kerap jika berdiri lama.
b. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
c. Berjalan dengan cara betul iaitu dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan.
d. Memakai kasut tumit yang rendah dan selesa.
Cara Salah
a. Berdiri terlalu lama dengan hanya satu posisi.
b. Membongkok dengan kaki lurus.
c. Memakai kasut tumit tinggi apabila berjalan atau berdiri untuk jangka masa yang lama.
Panduan postur badan yang betul ketika berdiri dan berjalan:
4. Duduk
Cara Betul
a. Rapatkan punggung dan sandarkan belakang badan pada penyandar tempat duduk sepenuhnya.
b. Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai.
c. Pastikan kedudukan paha selari dengan lantai.
d. Campurkan aktiviti duduk dengan senaman / regangan / berjalan.
Cara Salah
a. Duduk terlalu jauh dari meja kerja.
b. Duduk di atas kerusi yang terlalu tinggi.
c. Membongkok ketika duduk.
d. Menggelongsor ketika duduk.
Panduan postur badan yang betul ketika duduk:
Comments
Post a Comment