Skip to main content

Aktiviti Fizikal Harian (Senaman Mata)

Senaman Mata

1. Duduk di atas kerusi dengan selesa. 
  • Gosok kedua-dua tapak tangan sehingga terasa panas. 
  • Tutup kedua belah mata dan tekapkan tangan di mata. 
  • Elakkan daripada menekan mata dan jangan tutup hidung. 
  • Pastikan tiada cahaya masuk dicelah-celah jari. 
  • Fokus dan bayangkan anda berada di dalam bilik yang gelap. 
  • Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan sambil membayangkan perkara yang indah.
  • Selepas tidak nampak apa-apa turunkan tangan.
  • Ulang langkah tersebut selama 3 minit.
2. Tutup mata dengan rapat selama 3 hingga 5 saat. Buka mata selama 3 hingga 5 saat. Ulang selama 7 kali.
3. Urut kedua-dua mata dengan menggunakan 2 helai kain yang direndam dengan air suam dan air sejuk. Tutup mata dan urut selama 1 minit.
4. Tekan kelopak mata atas menggunakan 3 jari selama 1 hingga 2 saat. Ulang sebanyak 5 kali.
5. Duduk dan bertenang. Pusing anak mata mengikut arah jam dan lawan jam. Kelip mata disetiap pusingan. Ulang sebanyak 5 kali.
6. Fokus pada objek sejauh 50 meter selama 10 hingga 15 saat. Kemudian fokus pada objek kurang dari 10 meter. Ulang sebanyak 5 kali.
7. Luruskan tangan sambil memegang pensil. Pandang pensil tersebut dan gerakkan perlahan-lahan ke hidung. Ulang sebanyak 10 kali.
8. Pandang pada dinding di hadapan dan bayangkan anda menulis sesuatu menggunakan mata.
9. Tutup sebelah mata kiri dan gerakkan kepala dengan perlahan-lahan membentuk angka 8. Ulang dengan menggunakan mata kanan 2-3 minit.
10. Pandang mata ke atas dan ke bawah kemudian ke kiri dan ke kanan tanpa menggerakkan kepala. Ulang sebanyak 8 kali.
11. Akhriri senaman mata dengan menekap mata menggunakan tapak tangan.

Panduan melakukan senaman mata:





Comments

Popular posts from this blog

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: