A. Regang Tengkuk
1. Tolak kepala dengan tangan ke kanan, ke kiri,
ke bawah dan ke atas.
2. Gerakkan kepala secara satu bulatan dari kiri
ke atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri kembali.
3. Tukar
arah.
B. Tunduk Kepala ke Bawah
1. Berdiri
dengan kaki terbuka.
2. Letakkan
tangan ke kerusi.
3. Lunjurkan
satu kaki ke hadapan dan satu lagi ke belakang.
4. Tundukkan kepala ke depan dan bengkokkan
pinggang serendah yang boleh.
C. Tolak Dinding
1. Berdiri tegak menghadap dinding dan letakkan
kedua-dua belah tangan ke dinding separas dengan bahu.
2. Gerakkan
satu kaki ke hadapan dan satu lagi kaki ke belakang.
3. Bengkokkan
siku perlahan-lahan ke hadapan sementara kaki dalam keadaan statik dan
menahan.
4.Tukar
kaki dan ulang.
D. Regang Selangka
1. Angkat bahu dan berusaha untuk mencecah
telinga.
2. Turunkan
bahu ke bawah kembali.
3. Lakukan sambil membengkokkan siku dan membuat bulatan
pusingan supaya sendi-sendi bergerak.
E. Tolak Badan ke Atas
1. Berdiri tegak dengan kaki terbuka.
2. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas dan
jalinkan jari-jari kedua tangan.
3. Tolak tangan ke atas dan tahan selama 10 saat.
4. Turunkan tangan dan ulang pergerakan.
F. Trunk Twister
1. Berdiri tegak dengan kaki terbuka sambil memegang
pinggang.
2. Pusingkan badan dan bahu
ke arah kanan.
3. Kembali ke posisi
asal.
4. Tukar arah.
5. Ulang
pergerakan.
G. Regang Badan
1. Angkat
kedua-dua belah tangan lurus sehingga lengan mencecah telinga.
2. Tarik tangan kiri ke kanan sambil bengkokkan
badan ke kanan.
3. Tukar tangan dan arah.
4. Ulang pergerakan.
H. Regangan Groin
1. Duduk bersila dalam keadaan selesa.
2. Cantumkan
kedua-dua tapak kaki hingga bertemu.
3. Turunkan
badan perlahan-lahan kehadapan dan tahan untuk beberapa saat.
4. Ulang
pergerakan.
I. Regangan Depan
1. Duduk
dengan melunjurkan kaki ke hadapan.
2. Regangkan otot-otot paha dan kaki.
3. Gerakkan badan ke hadapan sambil tangan cuba
mencecah hujung jari kaki.
Comments
Post a Comment