Skip to main content

Unit 1.3: Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merujuk kepada sebarang bentuk pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot dan melibatkan tenaga secara berlebihan daripada ketika keadaan berehat atau tidur. Ianya merangkumi aktiviti fizikal harian seperti mengemas, berjalan dan berkebun dan aktiviti fizikal yang dirancang secara sistematik dan dilakukan secara berulang seperti senaman fizikal. Tujuan senaman fizikal adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan komponen kecergasan fizikal badan iaitu tahap ketahanan kardiovaskular, ketahanan dan kekuatan otot, kelenturan serta komposisi tubuh badan yang ideal.

    Piramid Aktiviti Fizikal Malaysia boleh dijadikan sebagai panduan dalam melakukan aktiviti fizikal harian yang sihat. Piramid ini membahagikan aktiviti fizikal kepada empat bahagian. Aras 1 piramid menunjukkan jenis aktiviti berintensiti sederhana yang harus dilakukan sebanyak mungkin iaitu pada setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti naik turun tangga dan berjalan. Aras 2 piramid menunjukkan jenis aktiviti berintensiti rendah hingga tinggi yang digalakkan untuk dilakukan sebanyak 5-6 kali seminggu. Sebagai contoh, aktiviti aerobik dan sukan rekreasi.

    Aras 3 piramid pula menunjukkan aktiviti berintensiti sederhana hingga tinggi yang digalakkan untuk dilakukan 2-3 kali seminggu. Sebagai contoh, senaman daya tahan otot dan senaman fleksibiliti. Aras 4 piramid adalah jenis aktiviti yang tidak aktif dan perlu dikurangkan. Sebagai contoh, aktiviti menonton televisyen dan bermain komputer. Sasaran masa untuk setiap senaman adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Video ceramah aktiviti fizikal:












Comments

Popular posts from this blog

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: