Menu
sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat membekalkan
tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak,
minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Makanan yang disediakan haruslah seimbang dan
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Makanan yang seimbang penting untuk memastikan supaya diet pelajar
sihat dan mampu membantu tahap perkembangan mereka.
Makanan yang seimbang bermula daripada perancangan menu yang sihat. Pemakanan menu yang sihat pula perlulah berdasarkan Piramid Makanan dan keperluan kalori seseorang individu tersebut. Cara perolehan bahan, penyimpanan, penyediaan dan cara hidang juga perlu dipantau supaya makanan yang dihasilkan sihat, berkualiti dan terjamin daripada sebarang bahan yang tidak diingini.
Antara panduan dalam menyediakan menu atau makanan yang sihat adalah untuk sentiasa menjaga kebersihan diri seperti tangan dan pakaian ketika memasak, kebersihan alatan memasak serta memastikan kawasan dapur memasak sentiasa bersih agar tidak dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Ceramah mengenai kaedah perancangan menu sihat:
Comments
Post a Comment