Skip to main content

Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres

Pengurusan masa yang teratur amatlah penting bagi seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian. Pengurusan masa yang baik dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai jadual harian yang tersusun dapat membantu diri mereka untuk merancang aktiviti pembelajaran dan kegiatan harian. Hal ini kerana, aktiviti harian yang tidak tersusun dapat menjadi sumber kepada keadaan stres. Oleh itu, pengurusan masa sangat penting dalam usaha untuk mengendalikan stres. 

Video ceramah mengenai pengurusan masa dan stres:



Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

A. Permainan Coping Skills HAFIZ

Cadangan masa: 15 minit

Peraturan Asas Permainan HAFIZ:
1. Setiap kumpulan akan menyebutkan dan menggariskan perkataan yang dipilih secara bergilir-gilir.
2. Perkataan HAFIZ dihasilkan daripada perkataan-perkataan yang digariskan secara berjajar samada mendatar, menegak dan menyerong.
3. Satu baris perkataan mendatar, menegak atau menyerong yang pertama diberi huruf H, baris seterusnya diberi huruf A, diikuti huruf F, I dan Z.
4. Kumpulan yang paling cepat membentuk perkataan HAFIZ dikira sebagai pemenang.

Cara bermain:
1. Pelajar diminta untuk membina kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan kit yang terdiri daripada kertas A4 yang mempunyai garisan kotak dan perkataan untuk disusun.
3. Kotak tersebut diisi dengan perkataan yang diberikan mengikut kehendak kumpulan masing-masing.
4. Kumpulan pertama akan menyebutkan perkataan yang dipilih dan kumpulan yang lain menggariskan ayat yang disebut.
5. Permainan diteruskan sehingga kumpulan yang paling cepat terbentuk ayat HAFIZ dipilih sebagai pemenang.
Rasional Coping Skills HAFIZ:

1. Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
2. Meningkatkan daya tindak pelajar dalam menyelesaikan masalah.
3. Meningkatkan persaingan yang sihat sesama pelajar. 

Video panduan aktiviti pengurusan masa dan stres:






 

Comments

Popular posts from this blog

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: