Skip to main content

Unit 3.3: Kemahiran Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu dalam berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Perkembangan kognitif sangat penting bagi individu terutamanya remaja yang meningkat dewasa kerana corak pemikiran seseorang individu boleh berubah dengan meningkatnya usia kematangan. Oleh itu, kemahiran kognitif ini penting bagi seseorang pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang. Di bawah unit ini, permainan uji minda yang merangkumi permainan berpapan seperti Global Tahfiz Game, permainan haji, charades dan sudoku dijalankan bagi merangsang perkembangan kognitif pelajar.

Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

A. Global Tahfiz Game

Cadangan masa: 60 minit

Kaedah perlaksanaan

1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.
2. Salah seorang pelajar dilantik sebagai pemegang saham yang akan mengendalikan urusan pembayaran dan memegang soalan.
3. Pelajar memulakan langkah dengan membaling dadu.
4. Pelajar kemudian perlu menjawab soalan daripada kad-kad pertanyaan berkenaan surah-surah hafazan.
5. Pelajar perlu mengumpulkan wang dan meneruskan permainan.
 
Bahan: Set Global Tahfiz Game

B. Permainan Pintar Haji

Cadangan masa: 60 minit

Kaedah perlaksanaan

1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.
2. Salah seorang pelajar dilantik sebagai pemegang saham yang akan mengendalikan urusan pembayaran dan memegang soalan.
3. Pelajar memulakan langkah dengan membaling dadu.
4. Pelajar kemudian perlu menjawab soalan daripada kad-kad pertanyaan mengenai haji.
5. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul akan diberikan wang oleh pemegang saham.
6. Sekiranya pelajar tersebut gagal menjawab soalan, maka pelajar tersebut akan dikenakan dam.
7. Pelajar kemudian mengumpulkan wang dan meneruskan permainan.
8. Sekiranya pelajar tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar dam, maka pelajar tersebut dikira gagal untuk menyempurnakan haji.
 
Bahan: Set permainan Pintar Haji

C. Permainan Charades

Cadangan masa: 30 minit
 
Kaedah perlaksanaan

1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.
2. Salah seorang ahli diminta untuk melakonkan perkataan yang ditunjukkan hanya melalui gerak tubuh tanpa menggunakan suara.
3. Ahli lain perlu meneka jawapan dalam Bahasa Arab.
4. Setiap kumpulan diberi 5 soalan untuk diselesaikan dalam masa 5 minit.
5. Kumpulan yang berjaya mencatat skor tertinggi dalam masa singkat menang.
 
Bahan: Pen & kertas      

D. Sudoku

Cadangan masa: 30 minit

Kaedah perlaksanaan

1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 orang.
2. Pelajar diminta untuk mengisi 9 x 9 grid kotak di mana setiap baris dan lajur pada 3x3 kotak (kecil) perlu diisi dengan nombor 1-9.
3. Setiap angka hanya boleh muncul sekali sahaja pada setiap lajur dan baris.

Bahan: Kertas sudoku & pen      

Video panduan cadangan aktiviti kemahiran kognitif:








Comments

Popular posts from this blog

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: