Skip to main content

Unit 3.4: Interaksi Sosial

Interaksi sosial adalah hubungan antara seorang individu dengan individu atau kumpulan lain. Ia  melibatkan proses perhatian dan respon seorang individu terhadap individu lain yang berlaku secara dua hala (Indrati 2014). Pergaulan dan interaksi dalam kalangan remaja adalah amat penting bagi menjamin kualiti perkembangan fizikal, psikologi dan sosial yang membolehkan mereka mencapai perkembangan yang seimbang. Unit ini merangkumi edaran bahan bercetak, aktiviti permainan, aktiviti jom menanam dan aktiviti cabaran memasak berkumpulan.

Video ceramah mengenai ciri interaksi sosial:


Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

A. Lukisan Diri

Cadangan masa: 1 jam

Objektif: Meningkatkan kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengucapan awam disamping mengukuhkan ukhwah melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Kaedah pelaksanaan:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.
2. Setiap ahli kumpulan diberi masa lima minit untuk melukis objek tertentu seperti objek kegemaran atau objek yang melambangkan personaliti dirinya pada potongan kertas A4.
3. Kemudian setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk  berbincang cara untuk menggabungkan lukisan masing-masing pada satu kertas mahjong yang sama.
4. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang atau dua orang wakil daripada kumpulannya untuk membentangkan jalan cerita yang dibentuk hasil daripada gabungan lukisan mereka di hadapan kumpulan lain.
Bahan yang diperlukan:
1. Kertas A4 (dibahagi empat).
2. Kertas mahjong.
3. Pensil.
4. Crayon atau pen marker berwarna.
B. Lukisan Rahsia
Cadangan masa: 30 minit
Objektif permainan:  Menguji kemahiran menyampaikan maklumat (komunikasi yang berkesan) dan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan.
1. Setiap kumpulan perlu memilih seorang wakil untuk menjadi penyampai maklumat.
2. Pelajar yang menjadi pelukis perlu diasingkan dari ahli kumpulan yang lain, manakala ahli kumpulannya duduk di sebalik flipchart / papan lukisan
3. Wakil kumpulan tersebut akan ditunjukkan gambar objek dalam sebuah kad. (Rujuk set kad objek seperti yang terdapat pada Jadual 3.5)
4. Daripada sebalik papan lukisan (tidak dibenarkan melihat lukisan yang sedang dilukis oleh ahli kumpulannya), wakil pelajar tersebut hanya boleh menjelaskan bentuk objek yang terdapat dalam kad tanpa menyebutkan nama objek atau ciri-ciri lain selain dari bentuk objek tersebut (contoh: tidak boleh menerangkan bahawa ianya gambar haiwan atau bercahaya atau perihal kegunaan objek tersebut, warnanya atau meniru bunyi objek tersebut dan lain-lain).
5. Kumpulan yang berjaya melukiskan gambar yang paling serupa/mirip dengan objek yang terdapat dalam kad menjadi pemenang.
Bahan yang diperlukan:
1. Papan putih mini / flipchart
2. Kertas A4.
3. Pen marker.
4. Kad bergambar.
C. Jom Bina Bersama
Cadangan masa: 30 minit.
Objektif permainan: Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat (komunikasi yang berkesan) disamping melakukan persaingan secara sihat.
Cara bermain:
1. Pemudahcara perlu membina satu struktur menggunakan lego di kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pelajar.
2. Setiap kumpulan perlu menghantar 2 orang wakil untuk melihat struktur yang dibina selama 10 saat.
3. Wakil hanya diberi masa selama 30 saat untuk menerangkan bentuk struktur binaan kepada ahli kumpulan yang lain, kemudian mereka perlu diasingkan seketika daripada ahli kumpulannya.
4. Ahli kumpulan yang lain diberi masa maksimum 10 minit bagi membina struktur berdasarkan arahan daripada wakil.
5. Kumpulan yang berjaya membina struktur yang betul dan paling cepat akan menang.
Bahan yang diperlukan:
1. Lego atau blok permainan
D. Melangkah Bersama
Cadangan masa: 30 minit
Objektif permainan:  Menguji semangat berpasukan dan komunikasi yang berkesan (melantik pemimpin yang dapat memberi arahan dengan baik).
Kaedah pelaksanaan:
1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 5 orang.
2. Ikat bahagian kaki atau pergelangan tangan (atau kedua-duanya) kesemua ahli kumpulan menggunakan tali.
3. Setiap kumpulan diberi tugasan  untuk mengalihkan sebuah objek dari satu kawasan kepada kawasan yang ditetapkan.
4. Kumpulan yang paling cepat akan dikira sebagai pemenang.
Bahan yang diperlukan:
1. Tali.
2. Objek seperti cawan, buku, batu bata dan lain-lain.
E. Menara Kita
Cadangan masa: 30 minit
Objektif permainan: Memupuk semangat kerjasama dan kemahiran komunikasi atau  kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta.
Kaedah pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan diberikan 10 helai kertas A4, sebuah gunting dan pita pelekat.
2.Semasa membina menara, mereka dibenarkan melipat, mengoyak atau mencantumkan kertas yang telah diberikan.
3. Pelajar yang ingin mendapatkan gunting dan pita pelekat tambahan perlu menjawab soalan daripada pemudahcara (pemudahcara boleh memberi sebarang soalan atau rujuk soalan pada jadual 3.6). Barang tambahan hanya  terhad kepada 2 kumpulan terawal yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan betul.
4. Setelah masa tamat, kumpulan yang berjaya membina menara paling tinggi  dan kukuh menjadi pemenang.
Bahan yang diperlukan:
1. 10 helai kertas bagi setiap kumpulan.
2. Gunting.
3. Selotape 
F. Dam Juara
Cadangan masa: 30 minit hingga 1 jam
Objektif permainan: Meningkatkan semangat persaingan secara sihat antara kumpulan.
Kaedah pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan perlu mengundi nombor giliran dengan melempar dadu.
2. Kumpulan yang mendapat giliran pertama melemparkan dadu dan menggerakkan dam miliknya berdasarkan nombor pada dadu. Seterusnya mereka perlu berbincang dan menjawab soalan mengikut nombor di tempat dam tersebut berhenti. Rujuk Jadual 3.6.
3. Jika jawapan betul, dam milik kumpulan tersebut boleh kekal pada kawasan tersebut, namun jika jawapan salah, maka mereka perlu mengundurkan dam tersebut 3 kotak ke belakang.
4. Kemudian, giliran diberikan kepada kumpulan yang seterusnya.
5. Kumpulan yang paling awal sampai ke garisan penamat menjadi pemenang.
Bahan yang diperlukan:
1. Set permainan dam ular.
2. Dadu 
3. Senarai soalan dan jawapan (Rujuk Jadual 3.6)
G. Tower Up
Cadangan masa: 30 minit hingga 1 jam
Objektif permainan: Meningkatkan persaingan sihat disamping meningkatkan ukhwah.
Kaedah pelaksanaan:
1. Pelajar dikehendaki untuk duduk dalam bulatan 6 orang dimana 3 kumpulan boleh dibina iaitu satu kumpulan terdiri dari 2 orang.
2. Setiap kumpulan perlu mengambil nombor giliran dengan melempar dadu.
3. Kumpulan yang mendapat giliran pertama untuk menarik keluar dan memindahkan satu blok jenga ke bahagian atas menara jenga.
4. Seterusnya kumpulan tersebut perlu menjawab soalan pertama yang terdapat pada Jadual3.6.
5. Jika kumpulan tersebut berjaya menjawab soalan tersebut maka mereka akan mendapat satu markah. Manakala jika mereka gagal menjawab soalan, kumpulan tersebut tidak mendapat 10 markah.
6. Kumpulan seterusnya kemudian mendapat giliran dan menjawab soalan yang seterusnya pada Jadual 3.6.
7. Kumpulan yang menjatuhkan menara jenga akan didenda dengan pengurangan sebanyak 30 markah.
8. Di akhir sesi, kumpulan yang memperoleh markah paling tinggi menjadi pemenang.
Bahan yang diperlukan:
1. Set permainan jenga.
2. Senarai soalan dan jawapan (Rujuk Jadual 3.6)

Video panduan aktiviti interaksi sosial:







Comments

Popular posts from this blog

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial              

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong: