Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz. Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Video ceramah gotong-royong:
Comments
Post a Comment