Modul ini dirangka berdasarkan keperluan pelajar tahfiz bagi mencapai kesihatan yang menyeluruh dan holistik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 1998), kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Justeru itu, modul ini dibina merangkumi tiga komponen utama dalam kehidupan iaitu kesihatan fizikal, pemakanan dan kesihatan mental. Ia dilaksanakan menggunakan kaedah berfasa yang dirancang bagi memastikan para pelajar mendapat faedah dari segi kesihatan, akademik dan hafazan.
Objektif modul: Meningkatkan tahap pengetahuan guru dan pelajar Tahfiz berkaitan kesihatan diri. Melahirkan generasi Huffaz yang sihat dari segi fizikal, mental dan spiritual. Membantu menjamin kelestarian pengajian Tahfiz dan menambahbaik modul sedia ada terutama dari sudut status kesihatan melalui satu kajian saintifik. Meningkatkan tahap status kesihatan pelajar Tahfiz melalui pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dengan mengurangkan tahap tekanan. Meningkatkan rasa seronok untuk belajar dan menghafaz dalam kalangan pelajar Tahfiz. Membantu pelajar mencapai tahap hafazan yang optimum.