Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

e-Huffaz ProHealth

Modul ini dirangka berdasarkan keperluan pelajar tahfiz bagi mencapai kesihatan yang menyeluruh dan holistik. Menurut    Pertubuhan    Kesihatan    Sedunia    (WHO 1998),   kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Justeru itu, modul ini dibina merangkumi tiga komponen utama dalam kehidupan iaitu kesihatan fizikal, pemakanan dan kesihatan mental. Ia dilaksanakan menggunakan kaedah berfasa yang dirancang bagi memastikan para pelajar mendapat faedah dari segi kesihatan, akademik dan hafazan.

Objektif Modul

Objektif modul: Meningkatkan tahap pengetahuan guru dan pelajar Tahfiz berkaitan kesihatan diri. Melahirkan generasi Huffaz yang sihat dari segi fizikal, mental dan spiritual. Membantu menjamin kelestarian pengajian Tahfiz dan menambahbaik modul sedia ada terutama dari sudut status kesihatan melalui satu kajian saintifik. Meningkatkan tahap status kesihatan pelajar Tahfiz melalui pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dengan mengurangkan tahap tekanan. Meningkatkan rasa seronok untuk belajar dan menghafaz dalam kalangan pelajar Tahfiz. Membantu pelajar mencapai tahap hafazan yang optimum.

Komponen 1: Kesihatan Fizikal

Kesihatan fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan, kesakitan, ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pakar perubatan (Norliah 2017). SENARAI UNIT Unit 1.1: Kebersihan Diri Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran Unit 1.3: Aktiviti Fizikal

Unit 1.1: Kebersihan Diri

Amalan kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Amalan penjagaan kebersihan tubuh badan merangkumi kebersihan rambut, gigi, tangan, kulit, kuku dan sebagainya. Anggota-anggota tersebut mudah terdedah kepada kuman pembawa penyakit. Kebersihan diri penting bagi memelihara kesihatan seseorang dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.      Unit ini merangkumi demonstrasi dan latihan membasuh tangan dengan teknik yang betul bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Amalan kebersihan diri yang baik dapat menghalang penyebaran kuman dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam pergaulan harian. Permainan "Clean Hands HAFIZ" pula dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan kebersihan diri yang betul. Panduan 1: Membasuh tangan yang betul 1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna. 2. Gosok kedua-dua tapak tangan. 3. Gosok setiap jari dan celah jari. 4. Go...

Unit 1.2: Kebersihan Persekitaran

Amalan menjaga kebersihan persekitaran dapat mewujudkan kawasan yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan dapat mengurangkan stres dalam kalangan pelajar. Kawasan sekolah yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi. Leptospirosis (kencing tikus) dan kolera. Persekitaran yang bersih dan selamat juga dapat meningkatkan keselesaan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan lebih berkesan dan memudahkan proses menghafaz.      Di bawah unit ini, ceramah dan gotong-royong secara berkala dilaksanakan bagi membasmi sampah-sarap di kawasan sekolah dan mengekalkan persekitaran yang bersih. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan vektor  pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan sebagainya. Di samping itu, pameran bahan bercetak dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.  Video ceramah gotong-royong:

Unit 1.3: Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merujuk kepada sebarang bentuk pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot dan melibatkan tenaga secara berlebihan daripada ketika keadaan berehat atau tidur. Ianya merangkumi aktiviti fizikal harian seperti mengemas, berjalan dan berkebun dan aktiviti fizikal yang dirancang secara sistematik dan dilakukan secara berulang seperti senaman fizikal. Tujuan senaman fizikal adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan komponen kecergasan fizikal badan iaitu tahap ketahanan kardiovaskular, ketahanan dan kekuatan otot, kelenturan serta komposisi tubuh badan yang ideal.     Piramid Aktiviti Fizikal Malaysia boleh dijadikan sebagai panduan dalam melakukan aktiviti fizikal harian yang sihat. Piramid ini membahagikan aktiviti fizikal kepada empat bahagian. Aras 1 piramid menunjukkan jenis aktiviti berintensiti sederhana yang harus dilakukan sebanyak mungkin iaitu pada setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti naik turun tangga dan berjalan. Aras 2 piramid...

Aktiviti Fizikal Harian (Senaman Pernafasan Dalam)

1. Senaman Pernafasan Dalam (Deep Breathing Exercise) Cara 1 a. Letakkan tangan di perut. b. Hembus nafas melalui mulut dan pastikan perut dikempiskan ketika menghembuskan nafas.      c. Tarikn nafas sedalam-dalam dan rasakan pergerakan perut kembang ke hadapan. d. Ulang pergerakan sebanyak 5-6 kali dalam seminit. Cara 2 a. Pastikan bahu dalam keadaan relaksasi. b. Tarik nafas dalam dan perlahan. c. Hembus nafas secara perlahan sehingga rasa seperti paru-paru telah dikosongkan. d. Tarik nafas sebanyak 3-4 kali. e. Pada tarik nafas yang terakhir, tahan nafas selama 3 saat. Cara 3 a. Pastikan bahu dalam keadaan relaksasi. b. Tarik nafas dalam dan perlahan sambil mengangkat tanagn ke sisi/hadapan. c. Hembus nafas secara perlahan sambil menurunkan tangan ke sisi/bawah. d. Ulang sebanyak 3 atau 5 kali pada setiap sesi. Panduan aktiviti senaman pernafasan:

Aktiviti Fizikal Harian (Postur Badan yang Betul)

Postur Badan yang Betul: 1. Mengangkat Barang Cara Betul  a. Bengkokkan lutut, turunkan badan dan pegang barang dengan kukuh dan angkat barang perlahan-lahan. b. Bawa barang rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat barang. c. Mengangkat barang tidak melebihi paras bahu dan juga tidak terlalu bawah melebihi paras pinggang. d. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan. Cara Salah a. Membengkok atau memusingkan pinggang semasa mengangkat beban yang berat. b. Mengangkat barang terlalu jauh dari badan. c. Mengangkat beban melebihi paras bahu. d. Mengangkat barang secara mengejut. Panduan postur badan yang betul ketika mengangkat barang: 2. Tidur Cara Betul a. Tidur di atas katil yang selesa b. Seandainya tidur secara mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan. c. Seandainya tidur secara menelentang, letakkan bantal di bawah lutut. d. Tidak tidur secara meniarap kerana akan menyebabkan sakit belakang. e. Tidak tidur di ata...

Aktiviti Fizikal Harian (Senaman Regangan)

A. Regang Tengkuk 1. Tolak kepala dengan tangan ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas. 2. Gerakkan kepala secara satu bulatan dari kiri ke atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri kembali. 3. Tukar arah . B. Tunduk Kepala ke Bawah 1. Berdiri dengan kaki terbuka. 2. Letakkan tangan ke kerusi. 3. Lunjurkan satu kaki ke hadapan dan satu lagi ke belakang. 4. Tundukkan kepala ke depan dan bengkokkan pinggang serendah yang boleh. C. Tolak Dinding 1. Berdiri tegak menghadap dinding dan letakkan kedua-dua belah tangan ke dinding separas dengan bahu. 2. Gerakkan satu kaki ke hadapan dan satu lagi kaki ke belakang. 3. Bengkokkan siku perlahan-­lahan ke hadapan sementara kaki dalam keadaan statik dan menahan. 4.Tukar kaki dan ulang. D. Regang Selangka 1. Angkat bahu dan berusaha untuk mencecah telinga. 2. Turunkan bahu ke bawah kembali. 3. Lakukan sambil membengkokkan siku dan membuat bulatan pusingan supaya sendi-sendi bergerak.  E. Tolak Badan ke Atas 1. Berdiri tegak dengan kaki terbuka....

Aktiviti Fizikal Harian (Senaman Rintangan Otot)

A. Tekanan Dada dengan Getah Rintangan  1.  Berdiri tegak dan letakkan getah rintangan di bahagian atas belakang badan. 2. Rapatkan belakang badan ke dinding. 3. Pegang kedua-dua hujung getah rintangan dan tolak kedua-dua tangan ke hadapan. 4. Hembus nafas ketika menolak getah dan tarik nafas ketika menarik kembali. Sebolehnya cantumkan kedua-dua tangan. 5. Ulang beberapa kali set latihan. Satu set latihan adalah sebanyak 8-12 kali ulangan pergerakan. Berehat seketika antara set latihan. B. Lanjutan Trisep dengan Getah Rintangan 1. Berdiri tegak dengan kaki terbuka bersama getah rintangan. 2. Tarik sebelah hujung kanan getah rintangan menggunakan tangan kanan ke arah kanan. Tahan posisi selama 3-5 saat. 3. Tarik nafas ketika menarik dan hembus nafas ketika melepaskannya kembali. 4. Tukar tangan dan ulang beberapa kali set latihan. 5. Satu set latihan adalah sebanyak 8-12 kali ulangan pergerakan. Berehat seketika antara set latihan. C. Otot Hadapan deng...

Aktiviti Fizikal Harian (Senaman Mata)

Senaman Mata 1. Duduk di atas kerusi dengan selesa.  Gosok kedua-dua tapak tangan sehingga terasa panas.  Tutup kedua belah mata dan tekapkan tangan di mata.  Elakkan daripada menekan mata dan jangan tutup hidung.  Pastikan tiada cahaya masuk dicelah-celah jari.  Fokus dan bayangkan anda berada di dalam bilik yang gelap.  Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan sambil membayangkan perkara yang indah. Selepas tidak nampak apa-apa turunkan tangan. Ulang langkah tersebut selama 3 minit. 2. Tutup mata dengan rapat selama 3 hingga 5 saat. Buka mata selama 3 hingga 5 saat. Ulang selama 7 kali. 3. Urut kedua-dua mata dengan menggunakan 2 helai kain yang direndam dengan air suam dan air sejuk. Tutup mata dan urut selama 1 minit. 4. Tekan kelopak mata atas menggunakan 3 jari selama 1 hingga 2 saat. Ulang sebanyak 5 kali. 5. Duduk dan bertenang. Pusing anak mata mengikut arah jam dan lawan jam. Kelip mata disetiap pusingan. Ulang sebanyak 5 kali. 6. Fokus pada objek ...

Komponen 2: Pemakanan

Komponen ini merangkumi empat unit utama iaitu konsep suku-suku separuh, piramid makanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta perancangan menu sihat. Pemakanan yang sihat dapat menjamin perkembangan fizikal yang optimum kerana proses tumbesaran berlaku dengan pantas pada peringkat remaja yang menjurus kepada peningkatan keperluan tenaga dan nutrien. SENARAI UNIT: Unit 2.1: Piramid Makanan   Unit 2.2: Konsep Suku-Suku Separuh Unit 2.3: Perancangan Menu Sihat Unit 2.4: Kebersihan dan Keselamatan Makanan

Unit 2.1: Piramid Pemakanan

Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan dalam mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan. Makanan yang seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan yang mampu membekalkan zat makanan yang diperlukan oleh seseorang remaja. Piramid Makanan Malaysia mempunyai lima kumpulan makanan yang dapat  dibahagikan kepada empat aras (Kementerian Kesihatan Malaysia 2012). Video panduan aktiviti kenali piramid makanan:

Unit 2.2: Konsep Suku-Suku Separuh

Konsep “suku-suku separuh” bermaksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur (Kementerian Kesihatan Malaysia 2016).      Panduan suku-suku separuh bertujuan untuk mempromosikan diet yang menjurus kepada gaya hidup sihat dan berupaya untuk menghindarkan individu daripada risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, kencing manis dan kanser. Panduan ini boleh diaplikasikan dalam semua waktu makan dan bukan hanya terhad kepada waktu makan tengah hari sahaja.   Video panduan reka pinggan sihat:

Unit 2.3: Perancangan Menu Sihat

Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan.   Makanan yang disediakan haruslah seimbang dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Makanan yang seimbang penting untuk memastikan supaya diet pelajar sihat dan mampu membantu tahap perkembangan mereka.      Makanan yang seimbang bermula daripada perancangan menu yang sihat. Pemakanan menu yang sihat pula perlulah berdasarkan Piramid Makanan dan keperluan kalori seseorang individu tersebut.    Cara perolehan bahan, penyimpanan, penyediaan dan cara hidang juga perlu dipantau supaya makanan yang dihasilkan sihat, berkualiti dan terjamin daripada sebarang bahan yang tidak diingini.      Antara panduan dalam menyediakan menu atau makanan yang sihat adalah untuk sentiasa menjaga kebersihan diri ...

Unit 2.4: Kebersihan dan Keselamatan Makanan

Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksikan, najis dan bahan buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain ( Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2015). Tanggungjawab asas pengendali makanan: 1.      Memastikan kebersihan bahan makanan mentah terjamin. 2.      Mengendalikan makanan dengan cara yang bersih. 3.      Menjaga kebersihan diri sebagai pengendali makanan. 4.      Memastikan premis makanan mempunyai persekitaran yang bersih. 5.      Menyediakan dan menyimpan makanan dengan cara yang betul. 6.      Mendapat suntikan tifoid daripada pengamal perubatan berdaftar. Ceramah kebersihan dan keselamatan ma...

Komponen 3: Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan (KKM 2005). SENARAI UNIT Unit 3.1: Motivasi Diri Unit 3.2: Pengurusan Masa dan Stres Unit 3.3: Kemahiran Kognitif Unit 3.4: Interaksi Sosial